Bali Halal Food Legian

Bali Travelogue + Halal Food

By on January 19, 2014

baliMap

13 Januari 2014. Flight kami dari LCCT sepatutnya berlepas pada jam 9.25am tetapi terlewat 30minit. Jadi kami berlepas pada jam 10am dan tiba di Denpasar, Bali pada jam 1PM. Tempoh penerbangan ke bali adalah selama 3jam. Waktu di Bali adalah sama dengan waktu di Malaysia.
Waktu ini cuaca di Bali hujan disebelah pagi sahaja dan cerah pada waktu petang.

ngurah-rai-international-airport-026

Untuk memudahkan perjalanan, kami telah mem’booking’ seorang tour guide aka pak supir, iaitu bernama Pak Edi. Charge yang dikenakan agak berpatutan iaitu sebanyak Rp300,000 (RM80) kerana dia menjemput kami di Airport ke hotel sebelum membawa kami berjalan sehingga ke malam. Dan pastikan juga korang yang ingin ke Bali menyediakan Tour Guide kerana ini akan dapat memudahkan urusan seperti makan dan berjalan lebih terancang.blogger-image--2081545475

Dari Airport kami ke hotel kami yang terletak di Legian iaitu All Season Legian.

all-seasons-hotelKadar promosi yang kami dapat adalah hanya Rp1,000,000 (RM270) untuk selama 3 hari 2 malam.

Selepas, mandi dan berehat sebentar, kami terus memulakan perjalanan untuk hari yang pertama. Kami dibawa oleh Pak Edi ke Uluwatu untuk melihat permandangan yang indah di tebing curam yang mengadap Lautan Hindi. Disini juga anda boleh menonton Tarian Kecak yang merupakan antara tarian yang utama di Pulau Bali.
Dalam perjalanan kembali ke Hotel, Pak Edi singgah sebentar ke Padang-Padang Beach. Disini selalunya surfer akan bermain disini.

Untuk makan malam Pak Edi memberi kami pilihan untuk makan di seafood Jimbaran iaitu lokasi makanan seafood paling popular di Bali. ataupun makan di pekan. Jika di Jimbaran, kos untuk makan amatlah mahal dan harganya adalah dari Rp300,000 (RM80) ke Rp800,000 (RM215) untuk seorang, hanya untuk memakan seafood.

Majoriti penduduk di Bali beragama hindu, untuk makanan yang halal anda boleh menikmatinya di restoran masakan Padang atau Minang. Selain dari itu anda dinasihatkan berjaga-jaga. Takut termakan babi guling nanti. Diorang punya halal tak boleh percaya sangat, asal makanan takde campur babi je diorang kata halal. Padahal dalam menu ada babi masak kicap.

Jadi kami memilih untuk menikmati hidangan Halal yang amat terkenal di pulau Bali iaitu Ayam Betutu Khas Gili di kawasan Tuban.
Harganya memang amat berpatutan dan kepuasan yang teramat selepas menikmati seekor ayam kampong. Masakannya agak pedas tetapi sedap.(Harga setengah ekor ayam kampong adalah Rp45000 (RM12) dan seekor Rp80000(RM21)) berserta nasi dan sayur.
Selepas kekenyangan kami pulang semula ke Hotel di kawasan Legian.

Pada malamnya kami meronda-ronda di kawasan Jalan Legian yang amat famous dengan Pub dan Disko. Jika di Bali, korang saya cadangkan beli sim card telefon indonesia bagi mendapatkan talian internet. dengan kos sebanyak Rp50000(RM12) korang boleh mendapatkan sim card beserta internet 1.5GB+1.5GB untuk 30 hari.

Kami juga melawat tugu peringatan peristiwa pengemboman Bali yang berlaku pada tahun 2002 di kawasan Legian.

Hari Ke-2:

Selepas sarapan di Hotel, kami dijemput pada pukul 8.30 pagi oleh supir kami Pak Edi untuk terus ke Kintamani iaitu kawasan Tanah tinggi untuk melihat Gunung Batur. Kami amat tidak bernasib baik kerana cuaca hujan menyebabkan kabus yang amat tebal. Selepas menikmati makan tengahari di Batur Sari Restaurant yang ada menyediakan hidangan buffet dengan bayaran IDR 11ok, kami meneruskan perjalanan melihat Paddy Terrace untuk melihat permandangan yang cantik jelapang padi di bukit. dalam perjalanan ke Paddy Terrace, kami dibawa  singgah seketika untuk menikmati kopi percuma di Trisna Bali Agrowisata, dan disini diterangkan cara membuat kopi dan yang menariknya disini adalah Kopi Luwak.

Kopi Luwak merupakan kopi yang diproses dari najis luwak (musang). dan kopi luwak adalah kopi yang termahal didunia.

Selepas itu kami terus ke

Destinasi terakhir kami sebelum makan malam adalah ber’shopping” di Krishna Ole Ole Khas Bali Outlet. Di sini terdapat segala jenis kraftangan dan cenderahati. Terdapat juga T-shirt yang harganya teramat murah bermula dari hanya Rp20,000(RM5.50) sehinggalah ke Makanan ringan yang boleh dijadikan cenderamata. Jika ke Bali korang cuma perlu pergi ke sini kerana harganya telah tetap dan tidak perlu tawar menawar lagi. Sempat juga saya membeli beberapa t-shirt dan key chain untuk dibawa pulang.

Pada malam harinya kami di bawa Pak Edi ke Restoren Bebek Tepi Sawah. Disini harga bebek(itik) dan ayam betutu adalah mahal, kerana tempatnya yang agak mewah dan pernah dikunjugi oleh Sultan Kedah dan juga Presiden Indonesia Sendiri. Untuk setengah ekor anda perlu membayar Rp100,000 (RM27). pada pendapat kami, makanan disini tidaklah sesedap apa yang kami makan semalam, cuma suasana nya lebih efklusif.

Selepas makan kami terus pulang ke hotel untuk meneroka malam hari di Kuta dan Legian. Selepas berehat, kami terus menyewa sebuah speda motor (motorsikal) dengan harga yang murah hanya Rp50,000(RM14) untuk selama 24jam.

Kami ke Jalan Poppies 1 dan Jalan Poppies 2 yang terletak hanya 15 minit menaiki motosikal. Disini terdapat banyak restoren, bar dan club dan juga hostel dan hotel untuk golongan backpacker. Kami kemudian pergi ke jalan Kuta untuk mencari sedikit cenderamata untuk di bawa pulang. Kemudian kami pulang ke hotel untuk menjenguk pantai Kuta dan Legian pada waktu siang besoknya. Kami berharap besoknya tidak hujan di Bali.

Hari Ke-3:

15 Januari, hari terakhir saya di Pulau Bali. Cuaca pada hari ini amat lah baik walaupun mendung di pagi hari. Kami terus menaiki Speda Motor ke pantai Legian dan juga ke pantai Kuta. Kepada sesiapa yang ingin belajar surfing boleh lah ke sini dengan kadar bayaran semurah Rp50,000 (RM14).

Kami juga sempat pergi ke Shopping mall antaranya Discovery Center di Kuta.

Kemudian kami pergi semula ke kawasan Tuban, iaitu Restoren Ayam Betutu, dan menjamu selera sebelum pulang pada petangnya.

Kami mengambil Teksi untuk ke Airport dengan bayaran Rp80,000, dan penerbangan kami adalah pada jam 645mlm dan tiba di LCCT pada 10 malam.

Saya ada beberapa tip jika hendak ke Bali, pertama jadi seperti orang local(tempatan seperti orang Jakarta) kerana anda akan mendapat harga yang murah dari makan hingga lah ke sewaan motor dan caj masuk ke tempat-tempat perlancongan.

Keduanya, berkenalan lah dengan orang tempatan Bali, kerana anda akan dapat mengetahui Bali dengan lebih mudah.

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

Khairul Haizam
Kajang, Selangor

Hi. My name is Khairul and this is my Journey! I use this awesome blog to tell people my story. Through all the places and things I see around the world, there isn't a best way to share my experience! Follow my daily updates and discover with me the essence of traveling!

Ads by Google