Bangkok Halal Food Travel Guide Travel Tips

Bangkok Travelogue + Halal Food – Day 2 (Part 4)

By on September 21, 2013

Bangun teramat awal.. jam baru 5pagi di Bangkok.. sbb dah selalu bangun 6pagi kat malaysia hari-hari… 🙂

Kami bertolak pukul 10 pagi dgn menaiki TUK TUK yang disediakan PERCUMA oleh pihak hotel ke BTS (Skytrain) Phrom Phong.

Untuk pengetahuan semua, Bandaraya Bangkok teramatlah sesak sepanjang hari dari 6 pagi hinggalah ke jam 12 tengah malam. Jadi pengangkutan yang terbaik dan termurah adalah LRT.

Kami membeli tiket unlimited use sehari dengan hanya Baht130. Jadi kami pergi dari satu stesyen ke stesyen yang lain dengan mudah hanya sekali bayaran.

Destinasi pertama kami adalah di MBK Shopping Centre. Disini terdapat perbagai barangan dari t-shirt sehinggalah kelengkapan kamera, komputer dan juga cd pirate.

 

large

 

DSC04640

Anda memerlukan 1 ke 2 jam untuk meronda dari satu tingkat ke tingkat yang lain.

Disini juga terdapat banyak restoren Halal iaitu di food court dan restoren halal. Nasihat saya jika nak makan sila lah ke restoren halal yang pemiliknya orang islam. Jika di food court pinggan mangkuk akan bercampur dengan makanan yang tihat halal dan pekerja di food court selalunya bukan orang islam.

Antara restoren yang halal dan sedap di MBK adalah di Yana Restoren

DSC04631

Selepas kami meronda ke MBK kami berjalan kaki ke Bangkok Art Centre yang lebih kurang sama seperti Central Market seperti di Malaysia, tetapi lebih mewah.

Selepas itu kami teruskan ke Siam Center dan Siam Discovery dan juga ke Siam Paragon. Kedua-dua pusat membeli belah ini adalah untuk golongan elit dan kebanyakan barangan yang dijual adalah seperti di KLCC dan PAVILION seperti di Malaysia.

173515hsz4uhnnd7h1qe8d siam-center

Selepas meronda ke semua tempat kami membuat keputusan untuk kembali ke Platinum Shopping Mall kerana disana saja menjual barang pada harga wholesale untuk membeli beberapa pasang pakaian dan cenderamata…

Platinum-Fashion-Mall

Waktu sudah menunjukkan pukul 3 petang, dan kami masih belum makan tengahari lagi.

Kami mengambil TUK TUK dari Platinum Shopping Mall untuk ke kedai makan muslim halal yang terletak di Phetchaburi Road iaitu Farida Fatornee Restaurant, diantara Soi 7 and Phayathai Road. Jika dari Rachathewi BTS Station (Exit 3) hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki dan berdekatan dengan Masjid Darul Aman ( Phetchaburi Soi 7).

Map

Selepas menikmati makanan yang teramatlah sedap kami balik ke hotel untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan di waktu malam.

Enjoy makan kami  yang sedap di Fareda!

Next: Bangkok Travelogue + Halal Food – Day 2 (Part 5)

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

Khairul Haizam
Kajang, Selangor

Hi. My name is Khairul and this is my Journey! I use this awesome blog to tell people my story. Through all the places and things I see around the world, there isn't a best way to share my experience! Follow my daily updates and discover with me the essence of traveling!

Ads by Google