Halal Food Siem Reap Travel Guide Travel Tips

Khmer Halal Foodie: Lost in Siem Reap

By on January 12, 2016

haizam.net siem reap

Alhamdullilah dapat menghabiskan weekend pertama di tahun 2016 di Siem Reap, Cambodia. Perjalanan kami bermula pada 9 hb  hingga 11 hb Januari 2016.

Pengembaraan kali ini adalah ala-ala educational travel sambil menikmati makanan halal khmer yang tastyEnjoy my blog..

Ni adalah percutian pertama saya travel di tempat bersejarah, sebelum ini saya lebih berminat dengan pantai dan pulau.. Untuk pengembaraan kali ni.. saya dan rakan-rakan telah memilih Siem Reap sebagai destinasi untuk diterokai.

Antara sebab kami memilih untuk melancong ke Siem Reap kerana ingin melihat keunikan senibina Angkor Wat.

Mengapa Siem Reap?

Siem Reap merupakan salah satu bandar utama di Cambodia dengan tarikan utamanya adalah Angkor Wat. Walaupun tidak menyediakan kemudahan seperti bandaraya-bandaraya utama lain di Asia Tenggara, pembangunan bandar ini sebenarnya adalah agak memberangsangkan jika dibandingkan keadaan di sana yang baru sahaja pulih dari pelbagai krisis yang melanda seluruh Cambodia.

david-bank-siem-reap-ankor-wat-the-famous-temple-of-angkor-wat-cambodia

Memandangkan pembangunan yang baru sahaja bermula di sini banyak perkara yang boleh anda pelajari dari cara hidup masyarakat tempatan yang masih lagi kuat diselaputi dengan gaya hidup asal mereka. Dibanjiri oleh pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri kemegahan bangunan-bangunan di Angkor, turut membantu masyarakat di sini membangunkan semula kehidupan mereka melalui pelbagai jenis perniagaan dalam memberikan para tetamu ini layanan yang terbaik.

 

Misteri Angkor Wat

Jauh ke barat laut Kemboja terdapat ibu kota Empayar Khmer purba, kuil yang didedikasikan kepada dewa Vishnu. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di Komplek Angkor yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang perbagai bentuk dan ukiran yang cantik, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di Komplek Angkor tersebut. Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu.

How we built Angkor Wat

Kuil-kuil ini telah mula diketahui oleh orang Eropah sekitar tahun 1860 melalui mubaligh Perancis. Henri Mahout, seorang ahli botani Perancis yang melakukan penyelidikan di sana. Bandar Angkor adalah sebuah bandar yang dihuni oleh lebih dari 1,000,000 orang iaitu bandar yang paling ramai didiami pada abad ke-12 dan sehingga revolusi industri di eropah, dengan sistem pengairan kompleks, jalan raya berturap dan bangunan yang indah; Walau bagaimanapun, dalam masa 200 tahun tamadun Khmer runtuh tanpa alasan yang jelas.

 

Hari Pertama di Siem Reap

Flight kami bertolak dari KLIA 2 pada jam 7.10 terlewat 20 minit dari jadual asal. Pada mulanya saya ingatkan flight ke Siem Reap ni kosong je.. rupanya sampai fully booked! haha.. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam dan kami tiba di Lapangan Terbang Siam Reap pada jam 8.10 waktu tempatan. (Untuk pengetahuan semua waktu di Siam Reap adalah lewat 1 jam dari waktu Malaysia).

Airport-Siem-Reap

Setibanya kami di bumi Kemboja, kami telah dijemput oleh pemandu Tuk Tuk kami, En Hazim yang telah kami booking setelah direkomen oleh group facebook BBM. Servis yang diberikan memang terbaik pada harga hanya USD$13 sehari. lebih kurang  RM57 sehari.

DSC06803_resize

Pemandu tuk-tuk kami membawa kami dengan agak perlahan, mungkin pada kelajuan hanya sekitar 50 km/j seolah-olah memberi peluang pada kami untuk menikmati pemandangan kiri dan kanan jalan di Siem Reap. Siem Reap tidak terlalu sibuk. Tidak terlalu banyak kereta di atas jalan. Lampu isyarat juga tidak banyak dan hanya terdapat di persimpangan utama sahaja. Pemandu di sini lebih beretika dan bertimbangrasa dari Malaysia dan seperti telah biasa contohnya membenarkan mereka terus berjalan apabila tiba di simpang tetapi anda perlulah membunyikan hon dahulu.

Tip Di Siem Reap: Pastikan anda telah menempah pemandu anda (Tuk-tuk) terlebih dahulu, kerana amat mudah jika anda mempunyai pemandu yang boleh berbahasa melayu di sini. Disamping itu mereka boleh merekomen anda tempat makan yang halal di Siem reap.

Di Siem Reap, cara pemanduan yang adalah berbeza dengan Malaysia dimana lorong pemanduan mereka di sebelah kanan dan stering kereta di sebelah kiri (sama seperti di USA dan Perancis)

muslim kitchen halal siem reap

Disebabkan kami masih belum lagi sarapan pagi, Jadi misi kami adalah bersarapan pagi cara orang Khmer di Muslim Family Kitchen Restaurant yang dimiliki oleh MAT NOR.

Mee Hun Sup Muslim Kitchen

Terkesima jugak untuk sarapan pagi purata harga adalah $2.50 (rm11) untuk satu jenis makanan dan $1 ke atas untuk minuman…nangis jugak lah tengok harga!! (plilihan untuk sarapan pagi tidak berapa banyak, antaranya nasi goreng dan saya telah mencuba mee hoon sup daging mereka yang amat sedap. (Untuk pengetahuan semua daging lembu disini bukan menggunakan daging import tetapi daging yang disembelih sendiri di sana).

Muslim Family Kitchen Restaurant

Bukan senang untuk mencari makanan halal di sini kerana kebanyakan penduduk di sini adalah bukan Muslim. Bukan tidak ada, tapi susah untuk cari. Di Siem Reap, rata-rata kedai adalah kedai Khmer yang menyajikan makanan berasaskan daging pork , western, dan sebagainya. Kalau ada ayam pun, tetap ada jual makanan yang tidak halal bersama. Jadi sebenarnya semua restoran-restoren ni terletak di dalam kawasan perkampungan islam Cambodia. Jadi anda boleh lah pilih restoren yang mana untuk anda try…

Cambodia_Siem_Reap_night market

Kami telah memilih untuk tinggal di Hotel Soria Moria, kerana review di Tripadvisor agak baik. Walaupun ianya terletak sedikit ke belakang dari Pub Street, Night Market, dan Old Market yang mana tempat-tempat tersebut adalah kawasan tumpuan pelancong. Jika berjalan dari situ, ianya hanya mengambil masa lebih kurang 10 -15 minit bergantung dengan speed anda lah. Untuk hotel ni je semalam untuk bilik standard adalah RM230 termasuk tax. (Harga dah macam hotel 4 bintang di Bangkok). Jadi untuk 2 bilik selama 3hari 2 malam kami telah mebayar hampir RM1k.

soria moria siem reap

Selepas merehatkan badan kami hanya membuat aktiviti yang agak santai di hari pertama disana. Perancangan kami pada mulanya nak ke banyak tempat, tetapi disebabkan masa yang agak terhad dan kos entrance fee yang agak mahal kami terpaksa membatalkan niat kami.. 🙂

hard-rock-cafe-angkor

Tepat jam 3 petang kami terus menuju ke adalah HARD ROCK Siem Reap yang terletak di tengah-tengah bandar.  Saya telah menghabiskan hampir $100 (RM440) untuk beli baju dan assesori di sana.

DSC06794_resize

Selepas pusing-pusing di sekitar bandar Siem Reap, kami terus menikmati lunch kami Restoren WAU yang terletak bersebelahan restoren yang kami breakfast tadi. Di sini makanan nya agak murah(sebenarnya masih mahal) iaitu $2.50 (RM11) untuk sepinggan nasi goreng daging. Saya telah mencuba Nasi Lok Lak yang telah direkomen oleh owner restoren tersebut.

Nasi Lok Lak

Malam pertama di Siem Reap, kami mengambil keputusan untuk kembali ke Muslim Family Kitchen Restaurant menikmati makanan Daging Naik Bukit yang famous di sini di sini. Walaupun agak mahal tetapi pada harga USD 7 anda boleh share seramai 4 orang. Rasanya memang amat marvelous dan delisiossss.. HuLu..

daging naik bukit

 

Selepas makan yang terbaik… kami terus ke Night Market dan Pub Street untuk menghabiskan masa di malam hari sambil mencari sedikit buah tangan.

Night Market Pub Street

 

Jika anda berani boleh lah mencuba ular, lipas, ulat dan juga belalang goreng yang banyak terdapat di kawasan Night Market ni.

ulatan

Disebabkan pada besok pagi nya kami telah merancang untuk melihat sunset di Angkor Wat pada jam 5 pagi, jadi kami terpaksa pulang awal untuk berehat..

 

Hari Kedua……

Jam 400 pagi kami dengan semangatnya telah bangun dan bersiap semata-mata untuk melihat sunrise di Angkor Wat. Pak Kasim iaitu driver tuk-tuk kami pada hari kedua telah siap menunggu dihadapan hotel kami sejak jam 5 pagi lagi.

pagi

Tidak sabar rasanya untuk melihat antara misteri dan keindahan warisan dunia yang tersohor ini di waktu pagi. Perjalanan dari hotel kami ke Angkor Wat hanya mengambil masa sekitar 30-40 minit perjalanan.

angkor

Di sepanjang perjalanan,  dengan menaiki tuk-tuk, ditambah pula dengan kedinginan pagi yang amat sejuk di Siem Reap,saya terasa badan seperti disimbahi salji sekejap.
angkor ticket counter
 
Lebih kurang jam 6 pagi kami telah sampai ke pintu masuk utama Komplek Angkor Wat yang mana semua pengunjung dikehendaki turun untuk membeli pass untuk memasuki komplek ini. Untuk pengetahuan semua, ada 3 jenis pass yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu pass sehari pada harga USD 20, USD40 utk 3 hari dan USD60 untuk lawatan 7 hari. Kami hanya beli untuk pass lawatan sehari, sebab kami akan meneroka dari pagi hingga lah ke petang.
morning at angkor
Selesai membeli tiket kami menaiki tuk-tuk semula ke destinasi pertama kami iaitu Angkor wat. Terlampau ramai pelancong di pagi hari hanya untuk melihat dan menyaksikan keindahan Angkor wat semasa sunrise.
people
Selepas hampa kerana matahari pada hari ini dilitupi awan, kami pulang ke hotel untuk bersarapan pagi sebelum berehat sebentar untuk kembali semula ke Komplek Angkor Wat untuk menjelajah dan menyaksikan kecanggihan teknologi zaman dahulu.
sunrise
Jam 11 pagi Pak Kasim pemandu Tuk-Tuk kami telah bersedia menjemput kami di Hotel. Kami telah kembali ke Komplek Angkor Wat untuk meneroka ke seluruh bangunan-bangunan bersejarah ini.  Antara yang tempat harus dikunjungi, iaitu Angkor Wat itu sendiri, Angkor Thom (Bayon), Ta Prohm, Banteay Srei dan Elephant Terrace.
angkorwat
Tempat pertama kami jelajahi di Komplek Angkor ini adalah Angkor Wat. Disini anda tidak boleh terlepas untuk melawatinya jika ke Siem Reap.
DSC06896_resize
Selepas satu jam kami mengambil gambar di luar dan dalam Angkor Wat , kami terus kan perjalanan untuk ke kuil seterusnya iaitu Bayon.
DSC06914_resize
Angkor Wat Quick history lesson: Ianya mula dibina pada tahun 802 masihi dan mengambil masa selama 30 tahun untuk siap sepenuhnya. Dengan menggunakan tenaga kerja seramai 50,000 orang buruh dan juga 5,000 orang artis/pelukis untuk membina Komplek Kuil terbesar yang pernah dibina di dalam kawsan 500 ekar.
Pak Kasim kami telah siap menunggu kami di luar Komplek Angkor. Perjalanan untuk ke Bayon mengambil masa sekitar 10 minit dari Angkor Wat.
bayon

Kuil Bayon ini juga dikenali sebagai Kuil 200 Muka Sami Lokesvara. Setiap permukaan kuil ini diukir dengan muka sami ini. Kuil Bayon adalah antara kuil yang terkecil disini, jadi kami mengambil masa hanya 30 minit untuk mengambil gambar di sini.

DSC06952_resize

Di dalam perjalanan menuju ke kuil Ta Prohm kami sempat singgah ke Elephant Terrace. Disini adalah tempat Raja Angkor pada waktu itu, Jayavarman VII, melihat gajah-gajah yang telah berjaya balik dari peperangan.

elephane

 

Seterusnya kami terus menuju ke Kuil Ta Prohm yang terletak agak jauh iaitu dalam 15 minit perjalanan menaiki Tuk Tuk.yang terletak jauh kedalam hutan di Komplek Angkor.

 

ta-prohm

Kuil Ta Prohm merupakan Kuil kedua terbesar selepas Angkor Wat. Ia juga popular dengan dikenali sebagai Kuil Tomb Raider. Ini kerana Kuil Ta Prohm ni pernah dijadikan sebagai set pengambaraan untuk filem Tomb Raider pertama (2001).

DSC06992_resize

Pengalaman meneroka ke kuil ini disertai dengan jari yang tak henti-henti menekan butang shutter kerana setiap sudut memang menarik. Adalah menjadi kerugian besar jika anda tidak membawa kamera apabila berkunjung ke Kuil Ta Prohm. Antara yang uniknya Kuil Ini adalah banyak pokok-pokok berlingkaran di atas bangunan kuil ini. Jadi boleh dikatakan Ta Prohm tempat yang photogenic untuk dilawati!
DSC06988_resize
Cuaca disini agak humid dan panas pada tengah hari. Jadi saya sarankan agar korang bawalah beberapa botol air to keep you hydrated.
DSC06982_resize
Haha… Finally, habis jugak cerita berkenaan dengan temple-temple utama yang perlu korang lawat semasa di Siem Reap. Harap boleh la juga bagi sedikit gambaran berkenaan dengan tempat-tempat ni untuk anda lawati pada masa hadapan.
Selepas penat meneroka sekitar 4 jam disana, pada jam 3 petang, Pak Kasim terus membawa kami untuk menikmati makan tengah hari di Muslim Family Restaurant (Haji Musa’s Restaurant).
Muslim Family Restaurant (Haji Musa's Restaurant)
Restoren ini terletak bersebelahan dengan Masjid Siem Reap (AN-NIKMAH Mosque). Pada kami restoren ini agak mahal dari restoren yang kami pergi sebelum ini. Pada dasarnya kami tidak berapa rekomen untuk makan disini disebabkan makanan dia biasa-biasa sahaja dan mahal sedikit.
Selepas makan kami telah balik ke hotel untuk merefresh untuk aktiviti terakhir kami pada waktu malam.
DSC06996_resize
Tepat jam 730 malam kami terus menuju ke destinasi makan kami yang terakhir. Kali ini kami mencuba makanan street food yang terbaik di Siem Reap. Saya amat-amat merekomen makanan di sini. Walaupun perjalanan untuk ke sini agak jauh iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan dari hotel kami dan terletak di luar kawasan Bandar Siem Reap. Kawasan night market semua tu baru Jalan 9 dan Jalan 10. So, boleh bayangkanlah jauh dia macam manakan. Memang kene naik tuk tuk nak sampai sini untuk ke gerai 62 yang terletak di jalan 60.
jalan 60
daging bakar steamboat
Warung ni bukak waktu malam je. Terletak dalam kawasan pasar malam setiap hari kat sini. Memang ramai orang. Kira makan bawah khemah jelah malam ni. Kami malam ni jadi seperti penduduk tempatan, dan mereka di sini agak pelik kerana diorng berkelah dan melepak di tepi parit atau tali air.
daging bakar 2

Apa yang special disini? Tentunya daging bakar sambil makan cicah dengan special air asam+serai+kacang dorang. Anda boleh jugak mengorder nasi putih jika anda lapar. Kami juga dapat merasa steamboat ala Khmer. Di dalam nye terdapat sayur campur, daging+otak+hati+limpa+Paru.. haha.. anda mesti try.. 🙂  Ni yang kami order semua. Rasanya? Memang sedappp! Tak perlu order nasik pun takpe, anda boleh meratah daging bakar tu bersama steamboat sambil cicah air asam diorang.  Rasa air asam dia memang tak penah saya makan sebelum ni. Mesti trylah +++

Daging bakar tu ada dua jenis. Satu pinggan besar USD5 yang boleh makan dalam 3-4 orang. Dan pinggan kecik berharga USD3. Steamboat dia juga berharga USD5 semangkuk besar.

Siem-Reap-art-center-bridge-1

Selepas kekenyangan dengan kesedapan hidangan khmer ini, kami terus kembali ke Night Market dan Art Center di Siem Reap untuk membeli sedikit cenderamata untuk kekawan dan famili.
Siem Reap Art Center
Last Day di Siem Reap
Kami bangun seawal 6 pagi untuk bersiap pulang ke Airport Siem Reap kerana hanya satu penerbangan pagi pada hari itu. Akhirnya kami selamat tiba di KLIA 2 pada jam 11 pagi.
TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

Khairul Haizam
Kajang, Selangor

Hi. My name is Khairul and this is my Journey! I use this awesome blog to tell people my story. Through all the places and things I see around the world, there isn't a best way to share my experience! Follow my daily updates and discover with me the essence of traveling!

Ads by Google