Halal Food Koh Phi Phi Krabi Travel Guide Travel Tips

Misi Krabi dan Koh Phi Phi (Part 1)

By on October 23, 2015

Kami telah merancang ke Krabi pada bulan October 2014 lagi. Percutian ini adalah untuk melepaskan geram setelah dipanggang semasa VIVA. Jadi semuanya kami telah atur dengan sempurna supaya semuanya lancar.

[st_gmap latitude=”7.738947″ longitute=”98.770869″ zoom=”15″ height=”250″ width=”400″ maptype=”HYBRID”]

Kami tiba di Krabi Airport pada 2 Februari 2015. Salah seorang travel partner saya telah tiba awal sehari. Jadi kami terus ke hotelnya yang terletak di Krabi Town dengan menggunakan perkhidmatan taxi di airport. (350Baht sehala)

Untuk ke Koh Phi Phi (Phi Phi Islands (Thai: หมู่เกาะพีพี, Thai pronunciation: [pʰīː pʰīː]) kami telah membuat tempahan bot ke Koh Phi Phi daripada http://www.tripstorekrabi.com/ . Kos untuk seorang adalah sebanyak 450 baht. (percuma pickup dari hotel atau airport)  Owner company ini bernama Stef dan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik. (Tip: Jika anda mempunyai masa yang lebih, anda boleh mendapatkan tiket di pier(jeti) untuk ke Koh Phi Phi pada hanya 250bath sahaja)

Phi Phi Island

 

Dan untuk bot pulang anda jangan beli di jeti kerana tiketnya mahal dan jangan percaya dengan agen yang jual disana, anda boleh mendapatkan tiket semasa di Koh Phi Phi pada harga hanya dalam lingkungan 150baht di pulau.

Koh Phi Phi

Setibanya di jeti Phi Phi, kami terus ke hotel kami iaitu Phi Phi Beach Front Resort yang terletak di Loh Dalum Bay dengan hanya berjalan kaki.

Phi Phi Beach Front Resort

Untuk pengetahuan semua, Koh Phi Phi adalah kecil dan berkeluasan  9.73 km2 dan hanya mengambil 10 minit untuk melintasi dari jeti Ton Sai Pier ke pantai di bahagian sebelah. (Loh Dalum Bay).

Phi Phi Beach Front Resort

Phi Phi Beach Front Resort

Pantai Loh Dalum Bay
(Pantai Loh Dalum Bay)

Kami kemudianya terus mengikuti tour yang telah di booking awal di Ibex Climbing and Tours. Kami telah membayar sebanyak 450baht seorang untuk FANTASTIC 3 IN 1 TOUR yang bermula pada 2 petang dan berakhir pada jam 8 malam.

Snorkeling Trip
-Hanya kami bertiga dari asia, yg lain mat salleh-

Jika berminat boleh check dan booking di sini: http://www.ibexclimbingandtours.com/tours.html

Ibex_Map

Pada malamnya kami ke sekitar pulau untuk mencari makanan. Untuk pengetahuan semua, makanan halal agak limited dan hanya terdapat beberapa kedai makan halal di sekitar Phi Phi Island Hospital dan semua kedai makan halal akan tutup pada jam 7.30 malam.

Phi Phi Hospital

Disebabkan kami pergi pada bulan Febuari yang mana adalah peak season, maka hampir 90% pelancong adalah daripada Europe dan sehingga tengah malam di pulau dihidangkan dengan beach party di di tepi pantai.

Kawasan Phi Phi

Keesokan pagi bersiap untuk menaiki bot balik ke Krabi Town dan seterusnya ke Ao Nang. Sebelom tu kami bersarapan di satu gerai disana.

Bye Bye Phi Phi

Check page Krabi Part 2 untuk detail di aonang

 

Sedikit gambar di koh phi phi….

 

 

 

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

Khairul Haizam
Kajang, Selangor

Hi. My name is Khairul and this is my Journey! I use this awesome blog to tell people my story. Through all the places and things I see around the world, there isn't a best way to share my experience! Follow my daily updates and discover with me the essence of traveling!

Ads by Google