Gili Trawangan Lombok Travel Guide Travel Tips

Meneroka Lombok dan Gili Trawangan

By on October 31, 2015

Lombok Here We Come…

Lombok 2015

Ini adalah percutian saya yang ke-3 untuk tahun ini selepas Krabi dan Hat Yai. Untuk pengetahuan semua, kami telah booking tiket Airasia pada bulan April 2015 dan tiket kami hanyalah RM80 seorang (return). Perjalanan kami bermula pada 20 hb  hingga 22 hb October 2015.

Bandara-Internasional-Lombok-BIL

Pulau Lombok memang terkenal dengan keindahan alamnya yang eksotik dan mempesonakan dan juga perwatakan penduduknya yang sopan santun dan berbudi bahasa. Di sini juga terkenal dengan gelaran Pulau Seribu Masjid di mana majoriti penduduk di Lombok adalah beragama Islam.

Pulau yang berlandaskan perekonomian pertanian dan pelancongan ini juga terkenal dengan penternakan mutiara di sekitar pantai kerana mutu airnya yang bersih dan berkualiti.

Tip: Promosi Airasia yang terbaik adalah pada bulan April setiap tahun (RM0)

Kami tiba di Bandaraya Lombok pada jam 1140pagi setelah mengharungi perjalanan selama 3jam 10 minit dari KLIA 2. Setelah touch down dan selesai segala urusan di imigration, saya dan rakan-rakan terus ke luar untuk mencari pemandu untuk ke Pelabuhan Bangsal. Saya tidak membooking supir sebenarnya setelah mendapat tahu harga yang ditawarkan di airport adalah lebih berbaloi. Pada mulanya kami di tawarkan dengan harga 700k untuk transport dan tiket bot ke Gili Trawangan. Kami berjaya nego dan hanya membayar sebanyak 500k.

Tip di Airport: Untuk mendapatkan transport yang murah, anda jangan booking melalui agent disana, terus keluar dari pintu Arrival airport, anda akan berjumpa dengan ramai supir yang sedia menghantar ke mana sahaja pada harga murah. ( Tidak lebih daripada 300k untuk ke Pelabuhan Bangsal dan 200k untuk ke Sengigi). Bagi bot pula boleh terus beli di Pelabuhan Bangsal pada harga tetap 85k untuk Shared Speedboat yang mengambil masa 15 minit untuk ke Gili Trawangan.

DSC06709

Terdapat 3 jenis bot untuk ke Gili Trawangan.

  1. Private SpeedBoat 400k – 10minit
  2. Shared SpeedBoat 78k – 15 minit
  3. Bot Penambang/Pub;ic Boat 18k – 40 minit (Saya amat tidak merekomen kerana kondisi bot yang uzur dan bot kecil yang membawa sehingga 40 orang.
DSC06703

Public Boat ke Gili Trawangan

Perjalanan dari airport ke Senggigi mengambil masa satu jam setengah, dan untuk ke Pelabuhan Bangsal akan mengambil masa 2 jam. Keadaan jalan di sengigi lebih kurang sama seperti di Cameron Highland.  Jika anda ke Lombok, pelancong boleh menginap di hotel di Pantai Sengigi ataupon terus ke Gili Trawangan.

Di dalam perjalanan ke Pelabuhan Bangsal, kami dibawa untuk makan tengah hari dengan makanan yng famous di Lombok iaitu ayam taliwang (45k satu set). Ianya adalah Ayam bakar dan terdapat perencahnya tersendiri yang agak pedas dan selalunya dihidangkan dengan Kangkung goreng. Menurut pemilik restoren, ayam tersebut disembelih ketika umurnya sekitar 4-5 bulan.

2015-10-20 12.20.01

Setibanya di Pelabuhan Bangsal kami telah diberi tiket boat dan bot akan bertolak sejam sekali.

Jadual Boat ke Gili

Jadual waktu perjalanan Boat ke Gili

Setibanya kami di Gili Trawangan, kami terus ke hotel kami yang terletak hanya 5 minit dari jeti. Kami telah memilih Hotel Pesona Resort kerana promosi yang menarik semasa booking di Agoda Hanya RM200 semlm berbanding harga di Booking.com di dalam RM300/semlm.

Pesona Resort Gili Trawangan

Pesona Resort Gili Trawangan

Selepas check in saya dan rakan-rakan memulakan aktiviti meneroka Gili T. Walaupun bukan peak season, Mat Salleh hampir memenuhi setiap ceruk jalan di sini.

20150602_064401

Kami tidak dapat membuat aktiviti snorkeling kerana masa yang amat terhad.

cidomo-gili-trawangan

Basikal dan juga Cidomo(sejenis Kereta Kuda) adalah pengangkutan utama disini. Pengangkutan ber’enjin’ adalah tidak dibenarkan disekitar pulau.

Malamnya kami telah makan di kawasan pasar malam yang terletak di tengah2 Gili T. Harga yang dikenakan amatlah berbaloi. Anda boleh dapatkan ayam teliwang pada hanya 35k seekor. Di samping itu kami juga mengambil ikan bakar (seekor pada harga 100k) dan cumi-cumi(sotong didalam bahasa indon) dan juga udang (lebih kurang 50k seekor). Terjapat juga perbagai makanan lain antaranya nasi campur, sate dan juga roti canai.

2015-10-20 20.11.07

Selepas semalam di Gili T, tibalah masa kami meneroka Pantai Sengigi. Tiket bot boleh dibeli di kaunter semasa di Gili T pada harga 85k seorang. Bot kami bertolak pada jam 11.30 pagi dan tiba pada jam 12 di Pelabuhan Bangsal. Semasa kami turun dari bot, kami disapa oleh beberapa orang ulat/agen kereta.

Bye bye Gili T

Bye bye Gili T

Untuk pengetahuan semua, tambang ke Sengigi dari Pelabuhan bangsal hanyalah 100k dan jika anda booking melalui agen mungkin boleh mencecah 250k satu kereta. Untuk mendapat harga 100k anda hanya perlu terus ke kereta-kereta yang terletak berdekatan dengan jeti dan terus tawarkan harga 100k kepada mereka.

Kami terus ke Hotel Puri Sengigi yang telah kami booking melaui Agoda pada harga RM80/smlm. Harga hostel di Sengigi bermula hanya RM40 semalam sehinggalah resort mewah yang berharga RM1000++.

Hotel Puri Sengigi

Hotel Puri Sengigi

Hari kedua kami di sengigi, kami menggunakan khidmat pemandu pelancong. Kami memilih untuk meneroka kawasan sekitar Senggigi sehingga ke Bangsal iaitu kawasan jeti untuk ke Gili Trawangan dengan menggunakan motosikal. Harga sewa motosikal untuk sehari Cuma RM18 bersamaan dengan 50-60k. Jika anda ingin menyewa motosikal jangan lupa untuk meminta helmet kepada pemilik berkenaan.

Jadi kami memula kan aktiviti mencari makanan yang sedap di sekitar Sengigi, kami terus ke daerah Mataram untuk mencari Nasi Goreng Setan pada mulanya, tetapi moto kami pancit di tengah jalan dan terpaksa melupakannya dan hanya singgah di restoren Ayam Teliwang untuk makan tengah hari.

Tayar ditampal oleh Abam Lombok

Tayar ditampal oleh Abam Lombok

Selepas makan, kami meneroka sepanjang jalan ke Bangsal kawasan jalan berbukit bukau menghijau dan kelihatan teluk di Malimbu I dan Malimbu II. Di sebelah kanan kelihatan pepohon menghijau manakala di sebelah kiri biru air lautnya sepanjang perjalanan ke Bangsal. Sepanjang jalan juga kelihatan penduduk-penduduk tempatan melakukan aktiviti perniagaan makanan dan minuman. Cuaca yang agak panas pada sebelah siangnya menyebabkan tekak terasa haus dan kelaparan. Kami singgah di salah satu kedai untuk menikmati ikan bakar dan air kelapa. Suasana di makan di tepi pantai dengan melihat mereka menyiang ikan adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Gerai menjual iakn bakar di sekitar Sengigi

Gerai menjual ikan bakar di sekitar Sengigi

Selepas makan petang, kami pusing-pusing di sekitar Sengigi dan pada petangnya kami terus terjun ke dalam laut sambil melihat sunset. Pantai di sini agak kurang sesuai untuk aktiviti berenang kerana ianya terus dalam dan ombak yang kuat.

Sunset di PAntai Sengigi

Sunset di Pantai Sengigi

Ombak yang Ganas

Ombak yang Ganas

Penat dengan aktiviti pada sebelah siangnya, saya bersama rakan sempat mencuba makanan laut dan Bebek(Itik) di Senggigi sebelum pulang keesokan hari. Kami makan di satu warung yang agak famous di Sengigi iaitu Cak Poer Sengigi. Untuk kesini anda boleh bertanya dengan penduduk disini lokasi resoren ini.

Cak Poer Sengigi

Cak Poer Sengigi

Bebek Berapi

Bebek Berapi

Kami juga singgah untuk merasa murtabak di lombok pada harga 20k sekeping di 2015-10-21 21.01.27

Selepas pulang kami terus booking supir untuk ke airport melalui hotel pada harga 200k untuk kami pulang pada hari besoknya.

Di Senggigi juga anda boleh membeli cenderahati khas Lombok. Lombok yang terkenal dengan ukiran kayu seperti pasu, lampu dinding, kotak perhiasan, bingkai lukisan, mangkuk, dan macam-macam lagi. Harganya juga murah dan kebanyakan barangan kraf tangan buatan Lombok dibawa ke Bali.

Jadi  kepada pelancong yang mahu mencari satu destinasi menarik untuk merehatkan minda dan tempat paling sesuai mencari ketenangan. Lombok adalah tempatnya dan lupakan tentang niat anda untuk membeli-belah, kerana setiba sahaja di sana anda pasti lupakan akan itu semua.

Kami pasti ke sana semula untuk meneroka lebih jauh dan lebih lama lagi di Pulau Lombok. :)[st_icon name=’fighter-jet’ size=’icon-1′ color=” type=’normal’ background=” border_color=” align=’ss-none’ icon_spin=’no’]

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

Khairul Haizam
Kajang, Selangor

Hi. My name is Khairul and this is my Journey! I use this awesome blog to tell people my story. Through all the places and things I see around the world, there isn't a best way to share my experience! Follow my daily updates and discover with me the essence of traveling!

Ads by Google