Halal Food Hat Yai Koh Lipe Travel Guide Travel Tips

Menjejaki Hat yai dan Koh Lipe

By on October 29, 2015

Kali ini saya kembali ke Thailand untuk misi makan-makan. Short trip saya bersama rakan-rakan adalah ke Hat Yai dan Koh Lipe.

Kami telah menempah tiket AirAsia pada bulan Julai 2015 pada harga RM230 seorang. Kami tiba di Hat Yai International Airport tepat jam 12 tengah hari yang mengambil masa hanya 1 jam 15 minit dari KLIA 2.

Untuk ke hotel kami yang terletak di Hat yai town, kami telah mengambil airport taxi yang berharga 300baht. Antenatif lain boleh menggunakan perkhidmatan tuk tuk ataupun Songthaw tetapi kenalah berjalan keluar dari airport. Perjalanan ke Hotel mengambil masa hanya 20 minit. Kami telah memilih Hatyai Greenview Hotel melalui Agoda pada harga 1200baht semalam. Hotel kami terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki ke Lee Garden.

Setibanya di hotel kami tidak membuang masa untuk ke Floating Market atau pun dikenali sebagai Khong Hae Floating Market untuk mencari makanan di kawasan tersebut.

Walaupun hujan turun setiap pagi dan malam, tetapi kami masih boleh merasai menikmati makanan halal di sini.

 

Malamnya kami ke satu gerai di hadapan Lee Garden untuk mencuba Nasi Lemak Ayam yang famous bagi pelancong Malaysia. Harganya juga amat berpatutan dan sedap. Terdapat banyak makanan yang lazat dan sedap di sekitar sini untuk dicuba.

DSC06569

Sebelum itu kami telah kami berjaya membeli tiket untuk ke Koh Lipe di travel agensi yang terletak di kawasan Lee Garden pada harga 1100 baht seorang (return). Hat Yai – Pak Bara (by Private Charter Van) – Koh Lipe (by ferry)

Perjalanan ke Pak Bara mengambil masa hampir 2 jam. Pemandangan dan persekitaran di sepanjang perjalanan ke jeti tidak banyak bezanya dengan pemandangan di Malaysia.

Setibanya kami di Pak Bara kami diturunkan di kedai Andang Sea Tour dan diberikan tiket feri, sementara menunggu boat yang akan berlepas jam 11.30 pagi, kami sempat bersarapan pagi di salah sebuah restoren muslim disana.

Sebelum masuk ke pintu jeti anda dikehendaki membayar sebanyak 20baht sebagai caj masuk.

Feri kami bertolak tepat jam 12 tengah hari. Kami tiba pada lebih kurang jam 2 petang di Koh Lipe. Untuk pengetahuan semua, tiada kemudahan jeti di koh Lipe, jadi kami mendarat di sea platform di sana. Dari sana kami ke pantai Koh Lipe dengan menaiki sampan dan dikenakan caj sebanyak 50baht seorang.

Middle Sea Boat Platform to Lipe Island

Tip: Jika anda senang mendapat mabuk laut, anda boleh duduk di deck di bahagian atas feri tersebut ataupun dengan menaiki speedboat ke Koh Lipe.

Kami tiba di chalet kami lebih kurang pukul 3 petang dan disebabkan ini hanya short travel dan besok pagi nya kami akan pulang ke Hat Yai, kami hanya berjalan-jalan disekitar pulau dan snorkeling hanya di tepi Sunrise Beach.

DSC06619

Semasa di Koh Lipe kami telah minum petang di sebuah gerai halal yang menghidangkan sosej bakar dengan sos yang sedap. Pada bulan september dan october adalah Low Season di Koh Lipe. Jadi tidak ramai pelancong semasa kami tiba.

2015-09-27 08.01.52

Selepai selesai snorkeling, kami pulang ke chalet sebelum menikmati hidangan malam di Bung Roon Restoren yang terletak di Pataya Beach. Harga makanan disini agak mahal kerana restoren Halal agak limited di Koh Lipe.

Pada keesokan paginya kami bersiap untuk pulang dengan bot yang akan bertolak ke Pak bara pada jam 9.30 pagi.

Kami tiba di jeti pada jam 11.30 dan terus menaiki Van yang telah menunggu untuk ke Hat Yai. Setibanya kami di hotel, kami berehat sebentar di hotel sebelum kami membuat keputusan untuk melihat pemandangan Hat Yai dari Hat Yai Municipal Park yang terletak diatas sebuah bukit. Kami singgah sebentar di Hamid Restoren yang terletak di kawasan Lee Garden untuk menikmati makan tengah hari (walaupun jam telah menunjukkan pukul 3.30 petang). Selepas berbincang dengan driver Tuk Tuk, kami mendapat harga yang agak ok iaitu 450baht untuk keĀ Hat Yai Municipal Park dan juga selepas itu kami terus ke Night Market untuk membeli belah sedikit buah tangan.

TAGS
RELATED POSTS

LEAVE A COMMENT

Khairul Haizam
Kajang, Selangor

Hi. My name is Khairul and this is my Journey! I use this awesome blog to tell people my story. Through all the places and things I see around the world, there isn't a best way to share my experience! Follow my daily updates and discover with me the essence of traveling!

Ads by Google